jihad

klik sini

;

ads

klik sini

Pages

Followers

logo usuluddin kisdar

Photobucket

Sabtu, 26 Disember 2009

Kemalangan maut melibatkan Bas Ekpress




IPOH, Dis 26 — Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express (gambar) terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Seramai 12 mangsa itu merupakan penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat.

Menurut Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak, mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

“Siti Munira pula telah menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka,” kata Abdullah. Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

“Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti,” katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian. Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

“Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri…kanan sebelum kejadian,” dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229 di Bukit Gantang dekat Taiping. — Bernama

KLANG:Anak kedua kepada pasangan mangsa yang terkorban dalam kemalangan basekspres di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) hala utaradi Ipoh, Perak, awal hari ini, reda dengan pemergian kedua-dua ibubapanya.

Mohd Arif Andi Shaharin, 23, berkata, walaupun beliau danadik-beradiknya berasa amat sedih tetapi menganggap pemergian itusebagai suratan takdir dan satu ketentuan daripada Allah.

Beliau tidak menyangka akan kejadian tersebut memandangkan bapanyaShaharin Mohd Nor, 61, sering berulang-alik ke utara atas urusan kerjadan ada kalanya ditemani oleh ibunya, Supiah Adam, 46.

Katanya, sehari sebelum kejadian, bapanya yang bekerja sebagaipemandu lori satu tan itu menyatakan untuk pergi ke Kuala Perlismenaiki bas atas urusan kerja untuk mengambil kenderaan tentera untukdibawa ke Pelabuhan Barat di sini dan mahu ibunya ikut sama.

“Saat ibu bapa saya naik bas itu di hentian bas di Seksyen 17semalam, itulah saat terakhir saya melihat mereka. Kami reda akanpemergian kedua orang tua kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya diTaman Setia di sini hari ini.

Pasangan suami isteri itu adalah antara sepuluh penumpang yang mautapabila bas dua tingkat Sani Express yang dinaiki mereka terbabas danmelanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan(PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol IpohSelatan, awal pagi ini.

Dua orang lagi tercedera dengan seorang daripadanya parah dalam insiden itu

Selain Shaharin dan Supiah, dua lagi dari Selangor yang terkorbandalam insiden itu ialah Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman,22.

Menurut Mohd Arif, beliau bersama empat lagi adik beradiknya,Zuhairi, 24; Mohd. Helmi, 20; Shuhada, 17; dan Faiz, 14, telah pergi keHospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh sebaik sahaja dimaklumkanmengenai kematian ibubapanya kira-kira jam 7 pagi tadi untuk menuntutjenazah mereka.

Sementara itu, rakan karib Shaharin, Zaiain Bedin, 34, berkata,sebelum kejadian, Allahyarham menunjukkan sedikit perbezaan dari segiperwatakannya apabila sering dilihat berpakaian kemas dengan wajah yangberseri-seri ke tempat kerja.

Sebelum ini katanya, Allahyarham Shaharin sering memakai pakaianseragam dan kali terakhir beliau menemui arwah itu pada Khamis lalu.

“Ketika itu, saya lihat Allahyarham ceria. Namun, saya tidakterfikir pula itu adalah kali terakhir saya menemui dan bercakapdengannya,” katanya.

Pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KampungJalan Kebun dekat Pandamaran di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Sementara itu, di Alor Setar, laporan menyatakan Ng Poh Ngoh,seorang lagi mangsa yang terkorban dalam nahas berkenaan baru sahajamenghadiri temuduga di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar yang baru menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurut adik mangsa, Ng Poh Yoke, kakaknya ke Kuala Lumpur ditemaniadik bongsu mereka, Ng Kah Kit, 14, yang turut terbunuh dalamkemalangan itu, adalah pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah SinMin (Persendirian) di sini.

“Mereka tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik malah sangat ceriasemasa menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur pada 20 Disember lepas.

“Saya ada menegur kakak yang membawa selimut dan dia hanya menjawabmahu tidur sepanjang perjalanan,” kata Poh Yoke kepada pemberita semasaditemui di rumah keluarganya di taman tersebut. Poh Ngoh merupakan anaksulung daripada empat beradik. Bapanya, Ng Ching Beng, 47, ialahseorang peniaga barang hardware.

Katanya, beliau mendapat tahu mengenai nahas itu yang membabitkankakak dan adiknya daripada ibu angkatnya jam 10 pagi ini selepasmendengar berita mengenai kemalangan itu di radio.

Poh Yoke berkata, ibunya, Lim Siew Heok, 45, dan bapanya bertolak keIpoh dengan ditemani rakan lelaki kakaknya kira-kira jam 8 pagi initanpa memberitahu beliau.

“Kakak saya menghadiahkan seekor hamster pada hari jadi saya Ogoslepas dan saya akan menjaga hamster itu dengan baik kerana itu adalahpemberian terakhir beliau kepada saya,” kata Poh Yoke dalam nada sedihdan pilu.

Pelajar kejururawatan di Kolej Kejururawatan Jerantut, Pahang ituberkata, beliau terkilan kerana kakaknya itu sepatutnya menerima ijazahpada konvokesyen UUM tahun depan.
SUNBER DARI-BERNAMA

Nota:Kemalangan ini boleh dikatakan berhampiran dengan rumah teman iaitu berhampiran dengan tol Jelapang yang sudah siap pertengahan tahun ini.Apa pun kepada pemandu bas berhati-hatilahc ketika memandu kerana anda membawa penumpang....Kepada keluarga mangsa yang terlibat takziah diucapkan dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam yang terkorban.......Al-Fatihah

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails