jihad

klik sini

;

ads

klik sini

Followers

logo usuluddin kisdar

Photobucket

Isnin, 31 Mei 2010

Israel serang kapal bantuan ke Gaza, 20 terbunuh [Video]






PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.



sumber.... http://harakahdaily.net/v2/

Sabtu, 29 Mei 2010

Millatfacebook cabar Facebook


2010/05/29
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web http://www.millatfacebook.com awal minggu ini. http://www.millatfacebook.com
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP



Nota... Diharapkan ramai orang Islam akan menyertai laman sosial yang berpengkalan di Pakistan...dan dapat menyaingin Facebook...buatan yahudi ini....

Selasa, 25 Mei 2010

Kalimah Allah pada Kasut Crocs..?????

Adakah ini satu bebetulan atau disengajakan...? cube anda lihat kasut anda
adakah ianya serupa seperti gambar diatas....apa motif sebenar mereka buat sebegitu
dan apakah puncanye benda sebegini berlaku......kalau dilihat dari mata kasar memang nampak seperti logo buaya...tetapi bila diukir dengan pen...kita akan nampak seperti kalimah Allah s.w.t
jadi berhati-hatilah anda bila membeli pastikan ianya bebas dari perkara yg tidak diduga....

Rabu, 12 Mei 2010

imej matahari pada jarak 5000km








Imej Matahari dari Jarak 5000 KM. Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar

Matahari merupakan pusat sumber tenaga dalam sistem suria yg memberikan cahaya
kepada kesemua plenet-plenet ciptaan Ilahi

Sememangnya matahari ini adalah ciptaan Allah.s.w.t yang memberikan cahaya kepada manusia
ini hidup dimuka bumi yang indah ini....gambaran cahaya matahari ini telah menggambarkan kekuasaan Allah s.w.t supaya kita manusia yg kerdil ini dapat mensyukuri segala nikmat pemberiaNya





Isnin, 10 Mei 2010

Dubai merancang membina 'berhala' tertinggi di dunia




Dubai sedang giat membina patung berhala tertinggi di dunia. Orang kata dunia nak kiamat. Dan sememangnya bila manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit, adalah tanda-tanda dunia benar-benar hampir kiamat. Apa lagi kalau bangunan pencakar langit itu adalah sebuah patung? Patung berhala....

Dubai adalah sebuah negara islam yg maju dari segi pembangunan....akan tetapi pembinaan patung berhala yg tidak memberi apa-apa faedah malah dilarang sekali dalam agama islam untuk membena apa2 berhala atau patung sebagai hiasan dirumah apatah lagi di khalayak umum...

sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa terjadi sebegini....mungkin kebanyakan arkitek dan pelabur asing di Dubai adalah org kafir yg mempunyai kepentingan tander....tapi kenapa org arab seperti tidak memandang serius dan tidak menghalang pembinaan tersebut....disebabkan mereka mengutamakan pelancung yg menjadi tarikan dinegara tersebut menyebabkan ia sanggup melakukan apa sahaja....

adakah ini petanda akhir zaman?

jawapannya adalah ya...

wallahua'lam




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails