
Anda pernah kena ngorat? Bila kita tengah chatting ke,atau  tengah  berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet  talker dan  berani untok bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet-sweet  talker ini  dia tak cakap direct. Untok tackle seseorang,dia mesti ada  mukadimah dan  beberapa ayat untok menjadikan sesuatu hubungan itu  bertambah intim.
 
Tetapi  para  wanita,harus berhati-hati! Sebab wanita mudah terpedaya dengan   mukadimah ini. Ada yang dah tau trik trik ayat lelaki yang nak mengorat   dia. Tetapi ramai yang tak tau macam mana nak mengelakkan diri daripada   insan insan yang bermulot manis ini. Maka pada hari ini,aku akan  memberi  sedikit idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada  dingorat.
 
Soalan: Hai,apa khabar?
 Jawapan 1: Sihat je...Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni...
Jawapan   4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan   rohani saya untok menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya   masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya   dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.
 
Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu...
 
Jawapan 1: Eh,taklah...Saya tengah upload gambar je...Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan   4: Saya sedang baca blog tentang tajuk 'Kepentingan menjaga   ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat'. Lepas baca,saya   menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.
 
 Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh? 
 
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak...
Jawapan 3: Maaflah wak...Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan   4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat   pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah   penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib   kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau  kena  selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari.  Kau  mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.
 
Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?
 
Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan   4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta   saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal   kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada   batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita   membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan   sesekali melampaui apa yang Allah suruh.
 
 Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
 
Jawapan 1: Yeke? Ee...mana adalah...saya tak cantik pun...~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan   4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya  cantik.  Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya  cantik.  Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya  sebenarnya  takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan  saya inilah  ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat  berdosa.  Astaghfirullah!
 
 Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
 
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je...Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan   4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya   duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan   menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat   tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.
 
 Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
 
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah...Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan   4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok  masuk  ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita  terserempak.  Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada  awak.
 
 Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?
 
Jawapan 1: Hehehe...Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan   4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untok   simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau   nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah   saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini   caranya.
 
 Soalan: Awak,jom keluar nak?
 
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh.  Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang bontot aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan   4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar   nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan   dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah   dan adik beradik saya ikut sama.
 
 Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi...Urm...
 
Jawapan 1: Saya single jugak....Jadi apa ye awak? hehehe...pelik tiba tiba awak tanya ni...
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan   4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak   kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau   awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan   kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat   perintah Allah.
 
 Jadi  macam mana? Ok  tak jawapan-jawapan tersebut?Haha. *aku rasa setiap  jawapan 1,bukan nak  mengelak. Tapi tu semua jawapan melayan. Lantak kau  lah nak layan kan.  Kau jugak yang kena ngorat. Bukan adik  aku.Muwahahahaha