jihad

klik sini

;

ads

klik sini

Pages

Followers

logo usuluddin kisdar

Photobucket

Khamis, 28 Mei 2009


APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.


MAKLUMAT LANJUT......... http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

Isnin, 25 Mei 2009

GAMBARAN MEKKAH PADA MASA AKAN DATANG

Antara fantasi atau realiti.......teman pun x tau tapi yang pasti ini adalah gambaran pada masakan datang, mungkin pada tahun 2030 atau 2040.....di tepinya dikelilingi tempat penginapan hotel utuk para jemaah cuma yg hujung sekali tu nampak macam menara berkembar aje aku tengok......walau bagaimanapun mekkah adalah tempat suci bagi umat islam menunaikan ibadah haji dan umrah....

Sabtu, 23 Mei 2009

Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol?


KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.
Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.
Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.
Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia , Thailand , Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.
Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

(Utusan Malaysia; 08 Mei 2009)

Mungkin ada yang mereka sudah mengetahui dan mungkin ada yg baru sahaja tahu. Yang menjadi musykil adalah kenapa ia dinamakan bir...? mungkin proses pembuatannya sama seperti arak biasa iaitu dengan menggunakan kaedah peram.....cuma ia tidak dicampurkan alkohol....Kita pun sudah tau bahawa arak adalah haram disisi Islam? walaupun ia tidak memabukkan ataupun tanpa alkohol... akan tetapi sekiranya bir yang diminum tanpa alkohol itu diminum banyak-banyak sehingga ia boleh menjadi mabuk bagaimana pula?.....

Walaubagaimanapun ia menjadi keraguan kepada umat Islam.....Manusia seboleh-bolehnya mencari jalan Alternatif untuk menjadikannya halal....bagi saya ia adalah satu cabaran bagi umat Islam....emmm x tau la lepas ni apa pulak produk yang bakal muncul....





Khamis, 21 Mei 2009

KARNIVAL AMAL ISLAMI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM MALAYSIA (IPTIM 2009)




Tarikh : 25 – 27 Mei 2009
Tempat : Kolej Universiti INSANIAH



Objektif :

1. Memupuk semangat kerjasama antara IPT Islam Malaysia ke arah yang lebih progresif dan produktif.
2. Mencungkil bakat dan melahirkan juara di kalangan pelajar IPT Islam yang setanding dengan universiti kain di Malaysia.
3. Mempereratkan silaturrahim di kalangan pelajar yang terlibat dlam pertandingan dan mengukuhkan kesatuan.
4. Memperluas kesenian dan kebudayaan seiring perkembangan semasa berlandaskan tuntutan agama dam mengimarahkannya ke persada antarabangsa.
5. Mencapai satu kedudukan setaraf universiti temptan dengan mengendalikan aktiviti dan peratandingan di peringkat kebangsaan.
6. Memberi peluang kepada pelajar antarabangsa menyertai acara bersama pelajar tempatan.
7. Mendapat perhatian dari Kementerian Pengajian Tinggi bahawa aktiviti IPT Islam di Malaysia sentiasa berjalan dan perlu diberi perhatian dan keutamaan.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:-

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
04-7374312
04-7332484

Antara acara yang akan dipertandingkan:-

* Debat Bahasa Melayu
* Pidato Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Arab
* Tilawah Al-Quran
* Hafazan Al-Quran
* Nasyid
* Khat

maklumat lanjut kuin.edu.my/iptim.html


Marilah sama-sama kita menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada peserta dari kolej islam darul ridzuan semoga mereka mendapat kejayaan dalam pertandingan tersebut inshaAllah



:d

Selasa, 19 Mei 2009

Selamat datang kepada pelajar baru sesi 2009-2010 teruskanlah menimba ilmu
untuk info ttg kisdr www.kiperak.edu.my

Selasa, 12 Mei 2009


Isu politik di Perak,dimanakah kemuncaknya?....

Kerakusan sebelah pihak yang mahukan kuasa untuk menguasai perak menyebabkan ketidak puas hati rakyat Perak terhadap sebelah pihak tersebut....ini boleh mendatangkan kemarahan rakyat terhadap kerakusan sesebelah pihak yang merampas kuasa tanpa mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Kenapalah manusia sekarang nie ingin merebut kuasa ....sedangkan apa yang kita tahu bahawa diakhirat nanti orang yang pertama Allah s.w.t akan menyoal adalah pemimpin.....
mungkin disebabkan kuasa yang menyebabkan manusia rakus untuk melakukan apa sahaja demi mendapat pengaruh, pangkat, darjat,kekayaan, kehormatan dan sebagainya didunia ini....

biarlah kita nie hidup sederhana di dunia dan janganlah kita menjadi muflis di akhirat....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails